Followers

Friday 15 March 2013

PERATURAN BILIK DARJAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera


Pada entri kali ini, kami akan membicarakan perihal PERATURAN DI BILIK DARJAH.

Apakah itu peraturan di bilik darjah? 

Peraturan ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah


Kenapa perlu ada peraturan di bilik darjah?

Supaya mereka (murid-murid/ kanak-kanak) akan lebih berdisiplin. Sikap mereka akan terbentuk kepada yang lebih positif. Menurut Erik Erikson, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaraan pengetahuan dan kemahiran baharu ini. Tetapi, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. 



Fokus dalam peraturan di bilik darjah :

  • Ayat peraturan mesti ringkas, jelas dan mudah untuk difahami
  • Peraturan akan dipersetujui oleh murid di dalam bilik darjah tersebut supaya mereka mengingati peraturan tersebut dan kemudiannya akan mematuhi peraturan.
  • Hadkan peraturan di dalam kelas. Contohnya hanya ada lima (5) peraturan di bilik darjah bagi mengelak murid-murid terkeliru dengan peraturan yang lain. As old folk saying, Less is More :)
  • Peraturan yang dibuat perlulah adil dan tujuan peraturan dibuat membantu proses pembelajaran. Elak guna perkataan "JANGAN............" 
  • Peraturan yang dibina tidak terhad dalam bilik darjah sahaja. Jika dapat, biarlah ia dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian juga.
  • Semestinya peraturan yang dibina selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya. 



Contoh peraturan di bilik darjah. Biar ringkas tapi PADAT dan DIFAHAMI :)



Monday 11 March 2013

CELOTEH MURID


PUNCA MENGANTUK DALAM KELAS





1.Tidak cukup tidur.
Ini memang punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan melayari Internet sehingga pagi. Jika ini masalahnya, nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.Jika anda tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran, anda perlu mengubah tabiat buruk itu. Ingat pelajar yang cemerlang ialah mereka yang 'study smart' bukan semata-mata 'study hard'.


2. Tidur yang berlebih-lebihan. 
Tidur yang terlalu lama dan kerap menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah di antara enam hingga lapan jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.


3. Makan terlalu banyak. 
Ini satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan, perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan itu. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulang kaji.


4. Badan terlalu letih. 
Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Jika ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda.Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola di waktu petang secara berlebih-lebihan, berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan, tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat anda beriadah.Anda beriadah untuk segar pada waktu malam bagi menelaah pelajaran.Ada pelajar keletihan disebabkan aktiviti kokurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan kokurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulang kaji dan sehingga memenatkan badan.Oleh itu, pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan pembabitan kokurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa supaya anda tetap segar dan tidak mengantuk..


5. Tiada minat belajar. 
Masalah ini sering dijadikan alasan ramai pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh, cuba fikirkan sejenak antara minat dengan belajar, manakah yang wujud dulu?Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna dan markah yang tinggi.Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tidak minat sejarah?Minat timbul apabila anda lihat dalam diri ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.Oleh itu, yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran: Lihat seimbas semua muka surat yang anda baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran menyeluruh.

sumber :www.hmetro.com.my




Sunday 10 March 2013

ISU SEMASA PENDIDIKAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN MENARIK 3




             
PENGENALAN

   Pada umumnya, murid di sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka sukakan perhatian yang diberikan oleh guru dan menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif dan sentuhan.Tetapi murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Maka, guru yang berkesan membentuk peraturan dan prosedur di dalam bilik  darjahnya agar dapat mengurangkan gangguan dan meningkatkan pembelajaran. 

    Sebelum memulakan pelajaran juga, guru perlu meluangkan sedikit masa untuk membincangkan perkara perkara yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah, harapan guru, objektif yang hendak dicapai pada hari itu, aktiviti yang akan dilaksanakan serta peraturan yang mesti dipatuhi.
    
 Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. Berdasarkan senario yang berlaku di dalam kelas 3 Mesra, keadaan yang sangat jelas menggambarkan komunikasi yang kurang berkesan antara guru dan murid. Walhal, komunikasi yang berkesan memberikan peluang kepada guru bersikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid muridnya. Murid akan dapat merasakan dirinya dihargai dan disayangi guru.

CONTOH AKTIVITI
HADIAH MISTERI 




    Guru masuk ke kelas dengan membawa satu kotak besar berbentuk segi empat yang dibalut dengan kertas pembalut yang berwarna warni. Warna pada kotak tersebut berbeza warnanya dari setiap sisi. Semua sisi ada enam warna kesemuanya. Pelajar akan mula tertarik dengan kotak berkenaan dan mula kembali ke tempat duduk masing masing.



    Guru menerangkan setiap warna yang berlainan pada setiap sisi kotak berkenaan sebenarnya mewakili peraturan kelas semasa pengajaran dan pembelajaran. Nama yang paling banyak tercatat dalam kotak berkenaan akan mendapat hadiah misteri dari guru berkenaan di akhir penggal.
   
   Nama pelajar akan ditulis oleh pelajar tersebut sendiri pada peraturan yang dipatuhinya. Guru akan menilai melalui setiap sesi pengajaran dan pembelajarannya pada penggal tersebut dan nama tersebut ditulis oleh pelajar yang dipilih di akhir pengajaran dan pembelajaran.

   Warna pada setiap sisi tersebut mewakili peraturan seperti berikut:
WARNA
PERATURAN
MERAH
Tidak pernah ponteng
HIJAU
Menepati masa
KUNING
Menyiapkan kerja rumah
BIRU
Tidak membuat bising
PUTIH
Mendapat markah yang paling tinggi
PINK
Menghormati guru dan rakan

    Aktiviti ini akan dapat membantu untuk menggalakkan tingkah laku yang dikehendaki dan mengurangkan tingkah laku yang disruptif. Pelajar akan menjadi bersemangat untuk fokus dalam pengajaran dan pembelajaran kerana tertanya tanya hadiah misteri yang akan diberikan oleh gurunya dan akan berusaha memberi kerjasama pada setiap arahan gurunya.
   
   Oleh itu, guru tersebut tidak akan menghadapi masalah berdepan dengan suasana yang kurang memberangsangkan kerana murid murid sekolah rendah mudah termotivasi dengan insentif yang dijanjikan dan diberikan oleh guru dan menunjukkan respon yang positif.  
   
     


 

AKTIVITI PEMBELAJARAN MENARIK 2


Pengajaran yang berkesan sangat penting dalam sebuah P&P. Seorang guru perlu bijak untuk menjadikan P&P lebih seronok. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru sebelum  dan semasa menjalankan P&P ialah:


AKTIVITI 1: "CIKGU KATA"

Langkah pelaksanaan
  • semua pelajar akan berdiri. Guru akan menrangkan bahawa semua pelajar perlu melakukan semua perbuatan yang diarahkan oleh guru apabila guru menyebut ‘Cikgu kata’………….
  • namun begitu, jika guru tidak menyebut ‘Cikgu kata’……pelajar tidak perlu melakukan perbuatan tersebut. Jika pelajar melakukan juga perbuatan tersebut, pelajar itu dikira terkeluar dari permainan.
  • apabila semua pelajar telah bersedia, guru akan mula memberikan arahan. Contohnya, ‘Cikgu kata tepuk tangan tiga kali’ atau ‘Cikgu kata angkat tangan kanan’.
  • apabila pelajar membuat kesilapan, pelajar tersebut terkeluar dari permainan.
  • permainan terus berjalan dan pelajar yang terakhir akan dikira sebagai pemenang.

  • permainan ini boleh dijalankan oleh guru sebelum atau semasa P&P untuk menarik perhatian pelajar sebelum memulakan P&P atau apabila pelajar berasa agak bosan semasa P&P berjalan. Masa untuk permainan ini adalah selama 5 minit.


Objektif Permainan
  • permainan ini melatih pelajar untuk mendengar arahan guru dengan teliti.
  • apabila semua pelajar dapat mendengar arahan guru dengan teliti, mereka akan dapat fokus terhadap P&P dan guru boleh memulakan P&P tanpa sebarang masalah.

AKTIVITI 2: BAKUL BERACUN

Langkah pelaksanaan
  • aktiviti ini boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah.
  • guru akan membawa sebuah bakul yang  berisi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.


  • pelajar akan membuat satu bulatan yang besar.
  • salah seorang pelajar akan memegang sebiji bola. Sebaik sahaja muzik dimainkan, pelajar tersebut akan memberi bola tersebut kepada rakan disebelahnya dan siteruskan sehinggalah muzik berhenti.
  • pelajar terakhir yang memegang bola selepas muzik berhenti akan mencabut kertas undian dalam bakul beracun.
  • Contoh aktiviti dalam bakul beracun:

  1. Anda diminta mendeklemasikan satu rangkap sajak kepaad guru kesayangan anda dengan penuh perasaan yang menyentuh jiwa.
  2. Buat gaya dan bunyi seperti seekor ayam.

Objektif Permainan
  • memberi keyakinan kepada pelajar untuk berhadapan dengan orang ramai.
  • membolehkan pelajar berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam masa yang singkat.

* Selain daripada untuk mendapatkan perhatian pelajar, aktiviti ini juga boleh dijalankan semasa P&P berjalan sebagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru boleh membuat aktiviti-aktiviti di dalam bakul tersebut yang berkaitan dengan isi pelajaran hari tersebut.


AKTIVITI PEMBELAJARAN MENARIK 1

AKTIVITI NELAYAN

OBJEKTIF AKTIVITI
Mencari kalimah yang telah dipelajari.

BBM
10 model ikan yang dilekatkan padanya kad kalimah.
Jala
Seorang model penjual ikan
5 orang pembeli ikan

CARA PELAKSANAAN
1. Guru akan meminta seorang murid berlakon sebagai penjual ikan dan beberapa orang murid sebagai pembeli.

[Penjual+Ikan.BMP]

2. Guru akan mengarahkan agar semua pembeli membeli ikan yang terdapat padanya kalimah yang telah dipelajari sahaja.

















 3. Sekiranya pembeli salah membeli ikan, murid lain akan menggantikannya.

DEFINISI PENGURUSAN BILIK DARJAH



PENGENALAN.

         Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid- murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan- bahan pengajaran dan sebagainya.