Followers

Sunday, 10 March 2013

AKTIVITI PEMBELAJARAN MENARIK 2


Pengajaran yang berkesan sangat penting dalam sebuah P&P. Seorang guru perlu bijak untuk menjadikan P&P lebih seronok. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru sebelum  dan semasa menjalankan P&P ialah:


AKTIVITI 1: "CIKGU KATA"

Langkah pelaksanaan
  • semua pelajar akan berdiri. Guru akan menrangkan bahawa semua pelajar perlu melakukan semua perbuatan yang diarahkan oleh guru apabila guru menyebut ‘Cikgu kata’………….
  • namun begitu, jika guru tidak menyebut ‘Cikgu kata’……pelajar tidak perlu melakukan perbuatan tersebut. Jika pelajar melakukan juga perbuatan tersebut, pelajar itu dikira terkeluar dari permainan.
  • apabila semua pelajar telah bersedia, guru akan mula memberikan arahan. Contohnya, ‘Cikgu kata tepuk tangan tiga kali’ atau ‘Cikgu kata angkat tangan kanan’.
  • apabila pelajar membuat kesilapan, pelajar tersebut terkeluar dari permainan.
  • permainan terus berjalan dan pelajar yang terakhir akan dikira sebagai pemenang.

  • permainan ini boleh dijalankan oleh guru sebelum atau semasa P&P untuk menarik perhatian pelajar sebelum memulakan P&P atau apabila pelajar berasa agak bosan semasa P&P berjalan. Masa untuk permainan ini adalah selama 5 minit.


Objektif Permainan
  • permainan ini melatih pelajar untuk mendengar arahan guru dengan teliti.
  • apabila semua pelajar dapat mendengar arahan guru dengan teliti, mereka akan dapat fokus terhadap P&P dan guru boleh memulakan P&P tanpa sebarang masalah.

AKTIVITI 2: BAKUL BERACUN

Langkah pelaksanaan
  • aktiviti ini boleh dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah.
  • guru akan membawa sebuah bakul yang  berisi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.


  • pelajar akan membuat satu bulatan yang besar.
  • salah seorang pelajar akan memegang sebiji bola. Sebaik sahaja muzik dimainkan, pelajar tersebut akan memberi bola tersebut kepada rakan disebelahnya dan siteruskan sehinggalah muzik berhenti.
  • pelajar terakhir yang memegang bola selepas muzik berhenti akan mencabut kertas undian dalam bakul beracun.
  • Contoh aktiviti dalam bakul beracun:

  1. Anda diminta mendeklemasikan satu rangkap sajak kepaad guru kesayangan anda dengan penuh perasaan yang menyentuh jiwa.
  2. Buat gaya dan bunyi seperti seekor ayam.

Objektif Permainan
  • memberi keyakinan kepada pelajar untuk berhadapan dengan orang ramai.
  • membolehkan pelajar berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam masa yang singkat.

* Selain daripada untuk mendapatkan perhatian pelajar, aktiviti ini juga boleh dijalankan semasa P&P berjalan sebagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru boleh membuat aktiviti-aktiviti di dalam bakul tersebut yang berkaitan dengan isi pelajaran hari tersebut.


10 comments:

  1. salam..bagaimana kalau dalam kelas tersebut ada murid yang mempunyai masalah pendengaran?bagaimana nak mengawal kelas bagi aktiviti bakul beracun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen saudari. bagi aktiviti ini, ianya berfokus kepada pelajar yang normal. Tetapi jika guru mahu melaksanakan aktiviti ini juga, guru boleh mnengubahsuai mengikut situasi kelas terbabit.

      Delete
  2. Bilakah masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti bakul beracun? Jika aktiviti ini dilakukan awal sebelum P&P, tidakkah ia memberikan kesan yang negatif kepada pelajar yang tidak sempat mencabut soalan aktiviti tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aktiviti ini sesuai dijalankan semasa P&P. Secara kasar, aktiviti ini memang tidak akan melibatkan semua pelajar sekaligus untuk mencabut soalan kerana jika begitu, ia akan mengambil masa yang lama.

      Delete
    2. Aktiviti bakul beracun sesuai dijalankan semasa aktiviti permainan dalam langlah pengajaran atau untuk menguji pemahaman murid disamping murid dapat bermain. Mereka tidak sedar mereka sedang diuji. oleh itu mereka tidaknrasa tertekan dan takut untuk menjawab dan memberi pandangan.

      Delete
  3. salam... aktiviti ni terlalu mengambil masa yg lama boh... cikgu nk mengajar ke nk bermain??? he2.. mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen saudari. Aktiviti ini boleh disesuaikan dengan tempoh masa yang ditetapkan dan tidak perlu mengambil masa yang lama.

      Delete
  4. cikgu kata tu sesuai untuk tarik balik perhatian murid yang dah mula di luar kawalan. mungkin dengan sediakan ganjaran murid lagi semangat..

    kalau bakul beracun. ia mengambil masa yang lama sebenarnya. apatah lagi murid di sekolah realitinya adalah ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen saudari. InsyaAllah aktiviti ini akan dilaksanakan sesuai dengan keadaan semasa.

      Delete
  5. permainan cikgu kata ni boleh dijadikan set induksi..suka permainan ni..terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete

SEGALA KOMEN DAN KRITIKAN ANDA SANGAT KAMI HARGAI :)