Followers

Sunday 10 March 2013

AKTIVITI PEMBELAJARAN MENARIK 3




             
PENGENALAN

   Pada umumnya, murid di sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka sukakan perhatian yang diberikan oleh guru dan menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif dan sentuhan.Tetapi murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Maka, guru yang berkesan membentuk peraturan dan prosedur di dalam bilik  darjahnya agar dapat mengurangkan gangguan dan meningkatkan pembelajaran. 

    Sebelum memulakan pelajaran juga, guru perlu meluangkan sedikit masa untuk membincangkan perkara perkara yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah, harapan guru, objektif yang hendak dicapai pada hari itu, aktiviti yang akan dilaksanakan serta peraturan yang mesti dipatuhi.
    
 Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. Berdasarkan senario yang berlaku di dalam kelas 3 Mesra, keadaan yang sangat jelas menggambarkan komunikasi yang kurang berkesan antara guru dan murid. Walhal, komunikasi yang berkesan memberikan peluang kepada guru bersikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid muridnya. Murid akan dapat merasakan dirinya dihargai dan disayangi guru.

CONTOH AKTIVITI
HADIAH MISTERI 




    Guru masuk ke kelas dengan membawa satu kotak besar berbentuk segi empat yang dibalut dengan kertas pembalut yang berwarna warni. Warna pada kotak tersebut berbeza warnanya dari setiap sisi. Semua sisi ada enam warna kesemuanya. Pelajar akan mula tertarik dengan kotak berkenaan dan mula kembali ke tempat duduk masing masing.



    Guru menerangkan setiap warna yang berlainan pada setiap sisi kotak berkenaan sebenarnya mewakili peraturan kelas semasa pengajaran dan pembelajaran. Nama yang paling banyak tercatat dalam kotak berkenaan akan mendapat hadiah misteri dari guru berkenaan di akhir penggal.
   
   Nama pelajar akan ditulis oleh pelajar tersebut sendiri pada peraturan yang dipatuhinya. Guru akan menilai melalui setiap sesi pengajaran dan pembelajarannya pada penggal tersebut dan nama tersebut ditulis oleh pelajar yang dipilih di akhir pengajaran dan pembelajaran.

   Warna pada setiap sisi tersebut mewakili peraturan seperti berikut:
WARNA
PERATURAN
MERAH
Tidak pernah ponteng
HIJAU
Menepati masa
KUNING
Menyiapkan kerja rumah
BIRU
Tidak membuat bising
PUTIH
Mendapat markah yang paling tinggi
PINK
Menghormati guru dan rakan

    Aktiviti ini akan dapat membantu untuk menggalakkan tingkah laku yang dikehendaki dan mengurangkan tingkah laku yang disruptif. Pelajar akan menjadi bersemangat untuk fokus dalam pengajaran dan pembelajaran kerana tertanya tanya hadiah misteri yang akan diberikan oleh gurunya dan akan berusaha memberi kerjasama pada setiap arahan gurunya.
   
   Oleh itu, guru tersebut tidak akan menghadapi masalah berdepan dengan suasana yang kurang memberangsangkan kerana murid murid sekolah rendah mudah termotivasi dengan insentif yang dijanjikan dan diberikan oleh guru dan menunjukkan respon yang positif.  
   
     


 

13 comments:

  1. salam..adakah aktiviti ini bersesuaian untuk murid yang buta warna?bagaimana cara cikgu tersebut untuk menangani masalah ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen saudara/saudari. Jika dilihat dari sudut pelaksanaan aktiviti ini, aktiviti ini memang kurang sesuai dengan murid yang buta warna. Mungkin aktiviti ini boleh disesuaikan dengan pelajar buta warna dengan mengubah penggunaan warna kepada penggunaan gambar, simbol dan sebagainya.

      Delete
  2. Aktiviti yg sgt menarik..adaka tumpuan murid dlm pnp tdk akan terganggu dengan aktiviti ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen saudari. Secara kasar, aktiviti ini sebenarnya, bermatlamat untuk menjadikan pelajar menumpukan perhatian semasa p&p. Pelajar akan lebih bersemangat untuk menumpukan perhatian untuk bersaing mendapatkan hadiah yg guru janjikan kepada pelajar.

      Delete
  3. saya rasa aktiviti ini sangat sesuai bg guru yg hendak memperkenalkan peraturen kpd murid2 sebelom memulakna pnp mereka..=)
    I love this..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. wah,bes la.scra x lngsung dapt mndisiplinkn murid

    ReplyDelete
  6. macam mana cikgu dapat pastikan yang semua murid tidak menipu semata-mata untuk mendapatkan hadiah misteri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen saudari.Boleh saya tahu dari sudut mana yang saudari rasakan pelajar berpeluang menipu? Kerana, peraturan yang ditetapkan oleh guru adalah peraturan yang tidak mudah untuk ditipu oleh pelajar.

      Delete
  7. tahniah. menarik idea ini. kerana kawalan kelas bermula saat pertama kali guru melangkah masuk ke dalam kelas.
    namun,untuk murid yang terlalu ramai mungkin bermasalah dari sudut penilaian terhadap murid. so beware wahai guru~

    ReplyDelete

SEGALA KOMEN DAN KRITIKAN ANDA SANGAT KAMI HARGAI :)