1.Tidak cukup tidur.
Ini memang punca utama
ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar
yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi sedangkan esok hari persekolahan
dan terpaksa bangun awal.Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada
pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak
berfaedah seperti mendengar radio dan melayari Internet sehingga pagi. Jika ini
masalahnya, nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup. Pelajar
yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.Jika anda tidur
lewat kerana mengulang kaji pelajaran, anda perlu mengubah tabiat buruk itu.
Ingat pelajar yang cemerlang ialah mereka yang 'study smart' bukan semata-mata
'study hard'.
2. Tidur yang berlebih-lebihan.
2. Tidur yang berlebih-lebihan.
Tidur yang terlalu lama dan kerap
menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah di antara enam hingga
lapan jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.
3. Makan terlalu banyak.
Ini satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan,
perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan itu. Proses ini memerlukan banyak
oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuatkan anda mudah mengantuk waktu
dalam kelas dan ketika mengulang kaji.
4. Badan terlalu letih.
4. Badan terlalu letih.
Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan
terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Jika ada masalah mengantuk cuba
senaraikan semua aktiviti luar anda.Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah
secara keterlaluan. Bermain bola di waktu petang secara berlebih-lebihan,
berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan
membuatkan anda keletihan.Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan,
tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat anda beriadah.Anda beriadah
untuk segar pada waktu malam bagi menelaah pelajaran.Ada pelajar keletihan
disebabkan aktiviti kokurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu
aktif dalam kegiatan kokurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulang kaji dan
sehingga memenatkan badan.Oleh itu, pastikan kegiatan harian anda seimbang
antara pencapaian akademik dan pembabitan kokurikulum. Pastikan anda tidak
kesuntukan masa supaya anda tetap segar dan tidak mengantuk..
5. Tiada minat belajar.
5. Tiada minat belajar.
Masalah ini sering dijadikan alasan ramai
pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh, cuba fikirkan sejenak antara minat
dengan belajar, manakah yang wujud dulu?Minat tidak tercetus dengan sendirinya
dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh tertentu seperti
guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna dan markah yang tinggi.Pernahkah
anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia
tidak minat sejarah?Minat timbul apabila anda lihat dalam diri ada potensi
untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda
mula menguasai sesuatu mata pelajaran.Oleh itu, yang perlu anda perbaiki ialah
cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda perlu mempunyai kemahiran
belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.Berikut
adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran: Lihat seimbas
semua muka surat yang anda baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal
anda baca. Dapatkan satu gambaran menyeluruh.
sumber :www.hmetro.com.my
sumber :www.hmetro.com.my
satu perkongsian yang menarik..cumanya mungkin mengantuk dalam kelas ni boleh dijadikan satu tajuk kajian kerana kalau dilihat kembali ramai yang terlibat dengan gejala mengantuk dalam kuliah ni bermula dari sekolah rendah hinggalah tahap mahasiswa universiti
ReplyDelete